Anwar

PM Anwar ucap selamat tahun baharu kepada masyarakat Tamil, Sikh

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Tamil (Chithirai) kepada masyarakat Tamil dan Hari Vaisakhi dan Vishu kepada masyarakat Sikh yang menyambut perayaan itu hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau berharap sambutan itu membawa sinar keceriaan dan kesejahteraan kepada mereka yang meraikannya.

“Saya mendoakan semoga tahun ini akan terus membawa sinar keceriaan dan kesejahteraan kepada mereka yang meraikannya.

“Terus semarakkan semangat perpaduan yang menjadi tunjang kekuatan negara kita,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Hari Vasakhi menandakan permulaan musim menuai mengikut kalendar masyarakat Punjabi dan Sikh.

Sementara itu, Chithirai Puthandu iaitu Tahun Baharu bagi kaum Tamil disambut setiap tahun pada hari pertama dalam kalendar matahari Tamil.

Related Articles

Back to top button