Negeri

JPNT ingatkan semua sekolah tidak adakan aktiviti luar pada musim panas

Rungutan ibu bapa di laman media sosial yang mendakwa terdapat sekolah merancang untuk mengadakan aktiviti merentas desa minggu ini, mendapat perhatian Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT).

Justeru JPNT mengingatkan semua sekolah supaya tidak mengadakan sebarang aktiviti luar bilik darjah pada musim panas.

Pengarah JPNT Jelani Sulong berkata, mengikut garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM) sebarang aktiviti luar bilik darjah tidak boleh dijalankan sekiranya suhu mencapai 35 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.

Beliau berkata, pihaknya memberi arahan jelas kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) supaya menangguhkan semua aktiviti luar luar bilik darjah dalam keadaan cuaca panas bagi mengelak berlakunya kejadian tidak diingini seperti strok haba.

“JPNT sentiasa memberi perhatian serius kepada isu kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid khususnya dalam keadaan cuaca panas yang melanda negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Related Articles

Back to top button