Global

Wisma Putra perlu siap siaga terkait serangan Iran ke atas Israel – Fadillah

Kementerian Luar perlu berada dalam keadaan bersedia memantau keselamatan rakyat Malaysia di negara berisiko susulan serangan dron dan peluru berpandu oleh Iran ke atas Israel pada Sabtu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Wisma Putra perlu sentiasa memerhatikan perkembangan insiden ini dari masa ke masa dan sekiranya perlu ambil tindakan untuk bawa keluar rakyat kita daripada mana-mana tempat mempunyai risiko boleh berlaku serangan.

“Untuk rakyat Malaysia, saya nasihat elakkan dulu mana-mana tempat berisiko tinggi, sama ada Iran atau negara berdekatan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Aahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman.

Stesen televisyen kerajaan Iran Anadolu pada Sabtu, melaporkan Kor Pengawal Revolusi Iran telah memulakan operasi serangan dron, menyasarkan lokasi di wilayah diduduki Israel.

Related Articles

Back to top button