Semasa

Anwar ziarah Syed Ibrahim di hospital, imbau kenangan dalam gerakan belia Islam

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi sahabat lama yang juga bekas Bendahari Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman di hospital.

Menerusi catatan di laman Facebook pada Ahad, Anwar menzahirkan rasa syukur dan gembira melihat Syed Ibrahim dalam keadaan baik.

“Sempat bicara panjang dengan beliau dan keluarga, terutamanya kenangan ketika bersama-sama dalam gerakan belia Islam dan aktivisme suatu ketika dahulu.

“Mendoakan saudara Syed Ibrahim segera sembuh dan dikurniakan keafiatan berpanjangan, Insya-Allah,” katanya.

BACA LAGi: Keprihatinan PM Anwar ziarah warga PMO di hospital dipuji warganet

Sebagai rekod, Anwar merupakan pemimpin pengasas dan presiden kedua sebuah pertubuhan belia Islam tersebut.

Beliau melepaskan jawatan sebagai Presiden ABIM pada 1982 untuk menyertai politik, bagaimanapun Anwar sehingga kini masih mengekalkan hubungan baiknya dengan rakan-rakan dari pertubuhan tersebut.

Related Articles

Back to top button