Global

Fokus isu Palestin, Malaysia gesa konflik di Asia Barat tidak diburukkan

Malaysia menggesa agar keadaan yang sedia tegang di rantau Asia Barat tidak diburukkan lagi.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dalam satu kenyataan pada Ahad menggesa pihak-pihak yang berkenaan untuk meredakan persengketaan dan mewujudkan persekitaran yang diperlukan untuk menamatkan konflik ini dengan segera.

“Malaysia mengulangi bahawa objektif utama adalah untuk mencari keamanan dan penyelesaian kekal kepada nasib rakyat Palestin, bukannya memanjangkan lagi konflik

““Masyarakat antarabangsa tidak boleh melupakan objektif untuk memastikan kebebasan rakyat Palestin dan hak mereka ke atas tanah mereka sendiri,”katanya.

Kenyataan itu menyusul serangan 290 misil dan dron Iran terhadap rejim Israel pada awal pagi Ahad yang merupakan tindakan bela diri berdasarkan kepada Piagam 51 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ekoran serangan rejim Israel terhadap kemudahan diplomatik Iran di Damsyik pada 1 April 2024.

Selepas serangan itu, Iran menerusi Perutusan Tetapnya di PBB mengumumkan bahawa ia menganggap tindakannya terhadap Israel dibenarkan dan “dianggap selesai”.

Namun, Iran menegaskan sekiranya rejim Israel atau sekutunya “melakukan sekali lagi kesalahan, tindak balas Iran akan jauh lebih berat” , ini akan menyebabkan serangan yang tidak berpenghujung.

BACA LAGI: Kerajaan pantau kesan konflik Timur Tengah – PM Anwar

“Serangan Iran itu adalah serangan balas terhadap serangan bom awal oleh rejim Israel.

“Sebarang bentuk provokasi dan/atau tindakan balas akan memburukkan lagi konflik di wilayah berkaitan tidak akan memberi manfaat kepada Palestin kerana matlamat utama Israel adalah jelas iaitu mengalihkan perhatian masyarakat global daripada tindakan keji dan tidak berperikemanusiaan mereka di Palestin,” tambah Mohamad Hasan.

Related Articles

Back to top button