Semasa

Menteri KDN ucap tahniah kepada PDRM, susulan penangkapan suspek tembakan di KLIA

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengucapkan tahniah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana berjaya memberkas

Kejayaan pihak berkuasa polis memberkas suspek tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 mendapat perhatian Menteri Dalam Negeri.

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail melalui satu hantaran di laman Facebooknya mengucapkan tahniah atas kejayaan itu.

“Tahniah pasukan PDRM Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) atas kecekapan memberkas segera suspek tembakan KLIA tempoh hari,” tulis Saifuddin.

Ahad lalu, suspek Hafizul Harawi, 38, melepaskan dua das tembakan dengan menyasarkan isterinya yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah.

Bagaimanapun, satu tembakan jarak dekat itu telah tersasar, manakala satu lagi das mengenai pengawal peribadi isteri suspek dan beliau dilaporkan parah.

BACA LAGI: Polis sifatkan insiden tembakan di KLIA berunsur peribadi

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain pada Isnin mengesahkan penangkapan Hafizul di Kota Bharu, Kelantan pada jam 3 petang semalam.

Razarudin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Related Articles

Back to top button