Politik

Parti komponen Sarawak berkemungkinan tolak gabungan PDP-PRS – Penganalisis

James Chin dari Universiti Tasmania berpendapat bahawa parti-parti utama gabungan pemerintahan Sarawak akan menentang sebarang pergabungan Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) membentuk barisan Dayak bersatu.

Chin yang juga seorang penganalisis berkata, pergabungan tersebut tidak akan berlaku sama sekali kerana Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) tidak mahu komuniti Dayak mennetang kedudukan mereka di Sarawak

“Mengulas lanjut berkenaan cadangan oleh Ahli Parlimen Julau, Larry Sng, mengenai kemungkinan PDP dan PRS bergabung.

“Beliau percaya bahawa gabungan tersebut dapat menguatkan gabungan pemerintahan, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan agenda Dayak,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam masa sama, Naib Presiden PBB, Abdul Karim Rahman Hamzah pula mengatakan cadangan tersebut adalah satu idea yang baik jika sekiranya pemimpin-pemimpin GPS mempunyai kesepakatan.

“PBB, rakan utama GPS, terdiri daripada sayap Bumiputera dan sayap Pesaka untuk Dayak, tetapi pemimpin parti telah diterajui Melayu sejak Taib Mahmud mengambil alih kepimpinan pada 1981. Manakala, GPS yang terdiri daripada PBB, SUPP, PDP, dan PRS, kini memegang 79 daripada 82 kerusi di Dewan Undangan Negeri.

“Penggabungan PDP-PRS juga akan menghadapi tentangan daripada ahli mereka sendiri kerana perkara tersebut melibatkan perjuangan jawatan presiden,” katanya lagi.

Tambah beliau, Presiden PDP, Tiong King Sing merupakan menteri persekutuan tidak mudah untuk melepaskan jawatan beliau, manakala, Joseph Salang Gandum selaku pemimpin PRS kurang berminat mempunyai pemimpin bukan Dayak.

Walaupun PRS terdiri sebagai parti pelbagai kaum, ia memberi penekanan khusus kepada pembangunan komuniti Dayak-Iban.

Chin juga berkata, sebahagian komuniti Dayak akan menolak cadangan penggabungan itu, kerana ia akan mengurangkan peluang pemimpin Dayak untuk maju dalam politik.

Katanya, pada ketika ini mereka mempunyai peluang untuk mendaki tangga politik melalui SUPP, PDP, PRS, dan PBB.

Penganalisis dari Universiti Malaya, Awang Azman Pawi pula berpendapat, PRS dan PDP tidak akan berminat dengan penggabungan itu, ekoran perbezaan fokus mereka.

Bagaimanapun, Awang Azman menolak pandangan bahawa penggabungan PDP-PRS akan mengancam dominasi PBB dalam gabungan dan dalam politik Sarawak.

“PBB sudah dihormati di peringkat politik Sarawak dan kebangsaan. PBB pada asasnya memegang liga unik dan status yang tersendiri,” katanya.

Related Articles

Back to top button