Semasa

Tak perlu bimbang, tahap keselamatan di pintu masuk negara terkawal – KDN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan tahap keselamatan di semua pintu masuk negara berada dalam keadaan terkawal.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, anggota agensi keselamatan telah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga susulan kejadian tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi Ahad.

“Rakyat tidak perlu bimbang dari segi keselamatan kerana sama ada di KLIA atau mana-mana pintu sempadan negara, tahap keselamatan sentiasa ditingkatkan.

“Tidak hanya polis tetapi semua agensi keselamatan kita memberi perhatian serius akan isu ini. Jadi rakyat tidak perlu risau,” katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Hulu ada Isnin.

Pada Ahad, seorang lelaki bertindak nekad melepaskan tembakan kepada isterinya sebelum terkena pengawal peribadi dalam kejadian kira-kira jam 1.15 pagi.

Suspek yang merupakan lelaki warga tempatan itu dipercayai melarikan diri ke utara tanah air.

Pihak berkuasa polis memaklumkan, suspek berjaya dikesan dan ditahan di Kota Bharu, Kelantan pada jam 3 petang semalam.

BACA LAGI: Kerajaan bakal tubuh tiga Baitul Mahabbah dengan peruntukkan RM10 juta

Shamsul Anuar sementara itu mengesa semua pihak perlu memberikan ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan.

“Saya harap kita beri kepercayaan kepada pasukan polis menyelesaikannya,” katanya.

Related Articles

Back to top button