Nasional

6,034 guru baharu lantikan ditempatkan di sekolah-sekolah KPM seluruh negara

Kementerian Pendidikan (KPM) menempatkan 6,034 orang guru baharu Lantikan Secara Kontrak (COS) di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seluruh negara bermula 15 April lalu.

KPM menerusi kenyataan pada Rabu memaklumkan seramai 1,858 daripada keseluruhan jumlah guru baharu COS itu, ditempatkan di sekolah menengah manakala 4,176 lagi di sekolah rendah.

“Penempatan guru baharu COS dibuat berdasarkan kepada tiga prinsip asas iaitu kepentingan perkhidmatan, kekosongan perjawatan serta keperluan opsyen bagi mata pelajaran semasa di sekolah.

“KPM ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) atas lantikan guru baharu COS bagi memenuhi keperluan semasa di sekolah-sekolah seluruh negara,” katanya dalam kenyataan itu.

KPM berkata, pihaknya dan SPP akan terus bekerjasama erat bagi memastikan isu kekurangan guru dapat diatasi.

Difahamkan, pelantikan guru baharu COS adalah cerminan komitmen berterusan Kerajaan Madani untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara.

Related Articles

Back to top button