Nasional

Sidang Kemuncak Kesihatan Planet 2024 satukan benua Asia

Komuniti kesihatan planet sedunia disatukan dengan penganjuran Sidang Kemuncak Kesihatan Planet 2024 dan Mesyuarat Tahunan Ke-6 di Sunway Resort Hotel, Bandar Sunway, Kuala Lumpur pada malam Selasa.

Program yang dianjurkan dua tahun sekali itu dengan julung kalinya diadakan di Malaysia dan Asia Tenggara yang sekali gus mengiktiraf kepentingan benua Asia yang dihuni lebih separuh daripada populasi manusia di dunia.

Bertemakan ‘Bukti Disusuli Tindakan: Mendepani Realiti, acara ini menjadi wadah yang menyatukan komuniti sejagat dalam bidang kesihatan planet.

Terdahulu, acara sebelum ini diadakan di Amerika Syarikat, Scotland dan Brazil yang telah menghimpunkan ribuan pemimpin daripada lebih 130 negara.

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah turut berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Gala acara berkenaan.

Turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Sir Dr Jeffrey Cheah.

Related Articles

Back to top button