Semasa

PM Anwar hulur sumbangan, tampung kos perubatan adik Tasnim Al-Ulya Amali

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu menyerahkan sumbangan kepada keluarga adik Tasnim Al-Ulya Amali Mohammad Raji.

Anwar menerusi hantaran di laman Facebooknya berkata sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi kepada bapa kanak-kanak berkenaan iaitu Mohammad Raji Musa di kediaman mereka di Sungai Buloh, Selangor.

Sumbangan itu bagi meringankan dan menampung kos perubatan Tasnim Al-Ulya yang telah diklasifikasikan sebagai hilang upaya kekal.

“Bagi meringankan beban yang dihadapi, saya telah menyerahkan sumbangan untuk menampung kos perubatan kepada bapa Tasnim iaitu saudara Raji,” katanya.

BACA LAGI: PM Anwar sampaikan sumbangan Infak Ramadan untuk 200 asnaf dan anak yatim

Anwar melalui hantaran itu turut mendoakan semoga urusan adik Tasnim dan keluarganya dipermudah.

Related Articles

Back to top button