Anwar

Tiada syarat sokong saya sebagai Perdana Menteri untuk pembangkang dapat peruntukan – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menetapkan syarat untuk Ahli Parlimen pembangkang supaya menyokongnya bagi mendapatkan peruntukan.

Menurut Anwar, perkara itu juga tiada dalam syarat yang dibincangkan pada Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Seri Perdana, Khamis lalu.

“Kita bagi mandat kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan juga jawatankuasa dia tidak ada syarat untuk sokong Perdana Menteri ke sebab ia memandang perbincangan supaya kerajaan stabil.

“Kita juga tumpukan kepada tumpuan ekonomi yang menjamin keamanan, kestabilan itu yang biasa. Yang terperinci mereka boleh bincang”, katanya.

Anwar berkata, sebaliknya syarat yang bakal terkandung dalam memorandum persefahaman (MoU) itu hanya melibatkan kestabilan kerajaan bagi menjamin ekonomi negara.

“Tiada syarat sokong Perdana Menteri seperti ditohmah pembangkang,” katanya ditemui pemberita selepas solat Jumaat di Masjid Bandar Teknologi Kajang.

Terdahulu, Fadillah Yusof berkata, kerajaan bersetuju untuk mempertimbang menyalurkan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang menerusi mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Seri Perdana, Khamis lalu.

Satu memorandum persefahaman, MoU juga akan dirangka serta dipanjangkan kepada pihak pembangkang sebagai langkah perundingan seterusnya.

Related Articles

Back to top button