Semasa

Bekas Ketua Polis Negara paling lama berkhidmat, Tun Hanif Omar meninggal dunia

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 85 tahun pada pagi Sabtu.

Kapten Abdul Rahmat Omar Mohammed Hanif iaitu anak kepada Allahyarham berkata, jenazah kini berada di rumah kediamannya di Seksyen 13, Shah Alam.

“Jenazah akan dibawa ke Masjid Al-Ikhlas, Shah Alam untuk dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan.

“Selepas itu, jenazah akan dibawa ke Masjid PDRM Bukit Aman untuk disembahyangkan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara,” katanya pada hantaran di Facebbok.

Sementara itu, Mohammed Hanif yang lahir pada 16 Januari 1939 merupakan Ketua Polis Negara Malaysia yang keempat.

Jawatan yang disandang merupakan jawatan serta perkhidmatan paling lama di Malaysia iaitu selama 20 tahun.

Allahyarham menggantikan Tan Sri Abdul Rahman Hashim yang telah terbunuh akibat serangan komunis.

Dilahirkan di Teluk Intan, Perak, Mohammed Hanif menjadi Ketua Polis Melaka pada 7 September 1970, seterusnya Ketua Polis Selangor pada 6 Disember 1971.

Pada 1 Februari 1973 beliau mejawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara seterusnya dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang keempat pada 8 Jun 1974 hingga 15 Januari 1994.

Selepas bersara, Mohammed Hanif dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Memantapkan Pengurusan dan operasi-operasi PDRM 2004-2005.

Related Articles

Back to top button