Johari gesa negara ASEAN kukuh kekuatan bersama hadapi cabaran semasa
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menggesa negara anggota ASEAN mengumpulkan kekuatan gabungan dalam menghadapi cabaran semasa.
Ditemu bual dalam rancangan Bernama TV “The Nation ASEAN+” pada Jumaat, Johari menekankan bagaimana konflik Rusia-Ukraine telah memberi kesan keselamatan makanan di peringkat global.
“Kita (negara anggota ASEAN) perlu duduk dan mempertimbangkan bagaimana untuk mentadbir kekuatan kita bersama-sama bagi memastikan rantau ini tidak berlapar.” katanya.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Malaysia yang bakal menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun hadapan jelasnya akan menekankan agenda bagi memperkukuh keselamatan makanan serantau.
BACA LAGI: Hasrat Malaysia agar Mesir buka sempadan Rafah telah disampaikan – Speaker Dewan Rakyat
Perkongsian idea, pengalaman dan kepakaran dalam kalangan negara anggota tegasnya penting bagi meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan untuk meningkatkan keselamatan makanan.
Perkongsian idea, pengalaman dan kepakaran dalam kalangan negara anggota tegasnya penting bagi meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan untuk meningkatkan keselamatan makanan.
Sementara itu tambahnya, sebagai presiden Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) yang akan datang, Johari turut mengulangi komitmen Malaysia untuk memajukan agenda penting lain, termasuk inisiatif perubahan iklim, semasa menjadi Pengerusi ASEAN akan datang.
“Kami akan berbincang dengan negara-negara anggota bagaimana kami boleh bekerjasama dan memanfaatkan sumber yang ada sama ada hidro, solar atau hidrogen,” katanya.