Sukan

KBS mahu pastikan pemantauan terhadap persatuan sukan diperkasa

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu memastikan pemantauan terhadap Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) terus diperkasa.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, Jemaah Menteri dalam Mesyuarat Kabinet baru-baru ini telah memaklumkan kepadanya supaya semua NSA mempunyai tatakelola yang baik.

“Memang kita nak pastikan pemantauan terhadap persatuan sukan ini diperkasakan, kerana duit dalam sukan tak banyak, bila tak banyak tajaan, itu sangat berharga.

“Kalau kita nak keyakinan orang ramai ataupun pihak swasta untuk terus bagi sumbangan kepada persatuan sukan, tatakelola itu mesti wujud dan kita kena ada kuasa pemantauan dan penguatkuasaan, itu sangat penting.

“Setiap wang yang disumbang untuk pembangunan sukan mesti digunakan dengan baik,” kata Hannah ketika ditemui pemberita pada program Klinik Bola Sepak Bersama Komuniti Orang Asli di Kampung Orang Asli Pertak di Hulu Selangor pada Sabtu.

BACA LAGI: KBS umum syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan

Sementara itu menurut Hannah, selain aspek tatakelola yang baik, KBS juga sedang melihat bagaimana untuk meminda akta sedia ada bagi memberikan lebih banyak punca kuasa kepada kementerian itu, sekali gus tidak hanya akan menanti laporan berhubung sesuatu perkara.

Related Articles

Back to top button