Politik

Keputusan sama ada lantik pengerusi baharu KEADILAN Sabah dalam masa terdekat – Anwar

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan sama ada pengerusi baharu untuk KEADILAN negeri Sabah perlu dilantik atau sebaliknya.

Dipetik laporan media, Anwar berkata ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.

“Mereka berikan pelbagai pandangan tentang (perkara ini), saya akan beri keputusan dalam masa yang singkat setelah berunding dengan ketua-ketua cabang.

“Kita akan rujuk kepada pimpinan Pusat,” katanya selepas mempengerusikan perjumpaan khas MPN Sabah di Kota Kinabalu pada Sabtu.

Perjumpaan yang bermula pada jam 8.30 pagi itu dihadiri semua Ketua Cabang di Sabah, termasuk Pengerusi MPN sekarang, Datuk Sangkar Rasam dan Naib Presiden KEADILAN, Awang Husaini Sahari.

Hadir sama Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew dan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud yang juga Ketua Cabang KEADILAN Kota Belud.

Turut hadir ialah Ketua Wanita KEADILAN, Fadhlina Sidek; Pengarah Komunikasi Fahmi Fadzil dan Pengerusi Biro Antarabangsa parti iu, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin.

BACA LAGI: Tiada nama spesifik dibincang terkait kempimpinan KEADILAN Sabah

Media baru-baru ini melaporkan kira-kira 15 Ketua Cabang parti itu di Sabah sebulat suara mahu Datuk Sangkar Rasam melepaskan kedudukannya sebagau Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah.

Pendirian itu dinyatakan melalui akuan bersumpah (SD) mereka selain turut dimaklumkan dalam mesyuarat MPN yang diadakan baru-baru ini.

Related Articles

Back to top button