Negeri

Tuduhan Chegu Bard terhadap MB Selangor berniat jahat, putar belit menjelang PRK – Setiausaha Politik

Dakwaan terbaharu pempengaruh Perikatan Nasional (PN), Badrulhisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari adalah tuduhan jahat.

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Saifuddin Shafi Muhammad melalui satu kenyataan berkata, dakwaan Chegu Bard kononnya Amirudin meluluskan tanah di Dengkil kepada syarikat sendiri disifatkan sebagai episod ulang siar yang tidak jauh berbeza dengan putar-belit dimainkan pembangkang ketika Pilihan Raya Negeri sebelum ini.

Dakwaan itu juga tegasnya adalah taktik terdesak pihak tertentu menjelang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Baharu.

“Dengan beberapa fakta salah dan tersasar yang dikenal pasti melalui hantaran beliau terdahulu, kami dengan segala hormatnya mengalu-alukan beliau untuk menyertai kelompok individu yang akan disaman sebagaimana yang sedang dihadapi oleh seorang kenamaan di negeri utara tanah air pada masa ini berikutan kedangkalan fakta dalam melancarkan serangan politik murahan.

“Pejabat Menteri Besar Selangor terbuka dan sedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi usaha membersihkannama Menteri Besar Selangor berhubung dakwaan mengkal ini.,” katanya.

Chegu Bard mendakwa Amirudin telah meluluskan tanah kepada syarikat Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd (LLSB.

Beliau mendakwa memiliki dokumen surat yang didakwanya bahawa kerajaan Negeri Selangor telah memberikan sebanyak 100.04 ekar tanah di Dengkil kepada syarikat terbabit.

BACA LAGI: Vincent Tan failkan saman fitnah terhadap Muhammad Sanusi

Ogos tahun lalu, (LLSB) memfailkan writ saman terhadap Chegu Bard kerana menyebarkan fitnah berkenaan syarikat itu semasa berkempen untuk meraih keuntungan politik.

Jurucakap syarikat itu memberitahu, dakwaan Chegu Bard bahawa syarikat itu menjalankan operasinya dengan cara tidak wajar hanya berdasarkan kepada maklumat palsu serta diputarbelitkan, yang diperoleh daripada draf dokumen tanpa merit.

Related Articles

Back to top button