NegeriPolitik

KEADILAN semakin diterima rakyat Kelantan – Setiausaha Agung

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan rakyat di Kelantan semakin dapat menerima parti itu.

Pada ucapan di Konvensyen 25 Tahun parti itu di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam pada Ahad beliau mendedahkan Kelantan mencatatkan pertambahan ahli baharu kedua paling tinggi sejak Jun tahun lalu.

“Berdasarkan statistik sehingga 21 Mac lalu, ahli KEADILAN di Kelantan meningkat sebanyak 2,027 menjadikan jumlah keseluruhan ahli di negeri itu kepada 60,356 orang,” jelasnya.

Sementara itu Saifuddin turut mendedahkan kedudukan parti itu di Selangor semakin kuat dengan mencatatkan keahlian baharu tertinggi iaitu 5,707.

Ia sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan ahli KEADILAN di negeri itu adalah seramai 338,616 orang ahli.

“Jumlah ahli KEADILAN pada 21 Mac adalah 1,153,212, meningkat berbanding 1,136,583 Jun tahun lalu.

“Saya masih ingat berbalas surat dengan Anwar Ibrahim (presiden PKR) ketika itu (Anwar di penjara pada 1999) dan tidak terfikir kita boleh mencapai satu juta orang (ahli).

“Tanggungjawab kita adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan angka ini. Dalam pilihan raya semuanya mengenai angka,” katanya.

BACA LAGI: Kerajaan MADANI salur hampir RM1 bilion wang ihsan kepada Kelantan, Terengganu

KEADILAN yang ditubuhkan pada April 1999 membuka keahliannya kepada semua kaum di negara ini,

Berdasarkan data didedahkan Saifuddin, keanggotaan ahli KEADILAN Sabah adalah kedua tertinggi dengan jumlah keseluruhan 185,004, diikuti Sarawak (86,315), Perak (83,688), Kedah (68,726), Pulau Pinang (66,700), Johor (65,160), Negeri Sembilan (53,795), Wilayah Persekutuan (42,012), Pahang (35,746), Melaka (30,905), Terengganu (20,163) dan Perlis (10,256).

Related Articles

Back to top button