Semasa

Kerajaan akan bermesyuarat bincang isu DNB

Kerajaan akan memutuskan mengenai isu berhubung dakwaan Digital Nasional Bhd (DNB) bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mesyuarat berhubung isu tersebut dijangka akan diadakan minggu ini.

“DNB akan diputuskan minggu depan…akan ada satu mesyuarat mengenainya,” katanya ringkas kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen 25 Tahun KEADILAN di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) pada Ahad.

Channel News Asia (CNA) melaporkan dalam satu artikel bertajuk ‘Malaysia’s billion-dollar 5G roll-out stumbles as deal breaks down between powerful telcos, state-owned operator’ yang diterbitkan pada 19 April mendakwa DNB tidak telus dalam menjalankan operasi dalamannya, berkaitan dengan pemberian kontrak kepada vendor pihak ketiga, khususnya untuk peralatan rangkaian 5G Ericsson, serta perolehan perisian dan ‘platform perkhidmatan awan yang berpotensi menguntungkan’.

BACA LAGI: MWC 2024 platform teroka penggunaan teknologi 5G dikalangan PMKS

DNB dalam kenyataan pada Sabtu menafikan dakwaan tersebut serta menolak sebarang gambaran negatif terhadap amalan tadbir urus dan perolehannya.

DNB menekankan proses tender dan perolehan pihaknya mengikut struktur piawaian tadbir urus dan amalan terbaik yang paling ketat.

Related Articles

Back to top button