KKM pantau aktiviti jual makanan ala ‘Bombay street’
Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus memantau aktiviti penjaja makanan ala ‘Bombay street’ seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Zulkeffly Ahmad berkata, pihaknya telah mengenal pasti modus operandi penjaja makanan warga asing di negara ini dan akan memperketat pemantauan bagi menangani membanteras penjualan produk yang diragui tahap kebersihannya oleh penjaja warga asing.
“Kita sudah berada di situ bagi membuat tindakan dan memantau awal perkara tersebut.
“Pihak penguat kuasa KKM akan lebih cekap dan taktikal dari sudut itu bagi mengambil tindakan lanjut,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kuala Selangor di Bandar Puncak Alam semalam.
BACA LAGI: KKM tubuh jawatankuasa,rangka mekanisme bangun semula klinik kesihatan di Sarawak
Sebelum ini tular rakaman video jualan makanan ala ‘street food’ dipercayai beroperasi sekitar Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur pada setiap Jumaat tular di media sosial.
Melalui rakaman itu, peniaga makanan dilihat menyediakan makanan tanpa menggunakan peralatan penyediaan makanan sebaliknya hanya menggunakan tangan dengan gerai mereka ‘dikerumuni’ warga asing.
Dr Dzulkefly sementara itu menegaskan mana-mana penjaja yang gagal mematuhi syarat penjajaan mengikut Peraturan- Peraturan Kebersihan Makanan 2009 akan diambil tindakan.