Uncategorized

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam Amal Kelab Bakti Gunung Keledang

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam Amal anjuran Kelab Bakti Gunung Keledang (KBGK) yang diadakan untuk mengumpul dana bagi membiayai aktiviti kebajikan kelab.

Baginda diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah, Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Dana itu untuk melaksanakan program dan aktiviti yang telah dirancang oleh kelab sepanjang tahun 2024 serta 2025 dan bagi menjayakan pengumpulan dana, majlis itu turut menampilkan dua artis terkenal, Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini.

Keberangkatan tiba Sultan Nazrin kira-kira pada jam 8.10 malam disambut Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan, Khairudin Abu Hanipah, Presiden Kelab Bakti Gunung Keledang, Muhammad Hamzah Md Hamdan dan pengerusi program Norali Nordin.

Malah, program itu dinamakan sebagai Majlis Makan Malam Amal Bersama Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini itu berjaya mengumpul lebih RM500,000 hasil jualan 67 meja.

Related Articles

Back to top button