Nasional

Kerajaan sedia peruntukan RM400 juta selenggara 28,808 rumah ATM seluruh negara

Kementerian Pertahanan Malaysia terus memperkasakan dan menggandakan agenda kebajikan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sebanyak RM400 juta diperuntukkan kerajaan bagi kerja-kerja senggaraan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) termasuk blok penginapan untuk anggota bujang, wisma transit dan kemudahan taman permainan dan riadah.

Dalam pada itu, daripada RM400 juta tersebut, ia telah memberi manfaat secara langsung kepada 28,808 unit rumah di 48 kem seluruh negara.

Sehubungan itu, dengan jumlah peruntukan itu, RM199.5 juta telah diperuntukan kepada Tentera Darat, manakala, Tentera Laut dan Tentera Udara masing-masing menerima peruntukan sebanyak RM69.5 juta.

Sementara itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau terus memantau kerja penyelenggaraan dan proses baik pulih rumah RKAT dengan mengadakan lawatan ke semua kem ATM.

“Saya mahu melihat perancangan baik pulih dan selenggara memang dibelanjakan serta mendapatkan maklumat tempoh kerja penyelenggaraan itu dilaksanakan.

“Ini menunjukkan kerajaan komited soal kebajikan anggota kerana kita menghargai pengorbanan dan sumbangan mereka yang menjaga keselamatan serta kedaulatan negara,” katanya selepas melawat rumah RKAT di Taman Seruling pada Isnin.

Terdahulu, pada Belanjawan 2024, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan RM400 juta disediakan bagi menyelenggara dan membaik pulih semua rumah RKAT.

Related Articles

Back to top button