Pilihanraya

PRK Kuala Kubu Baharu: Fahmi yakin calon kerajaan akan menang majoriti besar

Calon Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu mempunyai potensi mengekalkan kerusi itu dengan majoriti lebih besar.

Jurucakap bagi kerajaan, Fahmi Fadzil berkata, keyakinan itu berdasarkan kedudukan kerajaan ketika ini selain khidmat bakti ditunjukkan penyandang kerusi itu, mendiang Lee Kee Hiong yang dirasai penduduk di kawasan berkenaan.

“Berdasarkan maklumat yang kita terima, peluang kemenangan itu sangat besar, malah beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM), majoriti adalah PDM yang menyokong Kerajaan Perpaduan dan Insya-Allah kita akan cuba yang terbaik,” katanya selepas menghadiri satu program di Wisma Bernama di Kuala Lumpur pada Selasa.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Sabtu ini sebagai hari penamaan calon, manakala hari pengundian pada 11 Mei ini.

Ia diadakan berikutan kematian penyandangnya Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.

BACA LAGI: PH umum calon PRK Kuala Kubu Baharu malam ini

Sementara itu Fahmi dipetik laporan media menempelak Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang berkata, pihaknya akan berusaha agar hubungan parti-parti dalam kerajaan.

Muhammad Sanusi jelasnya tidak perlu sibuk urusan pihak lain, sebaliknya perlu menyibukkan diri untuk menyiapkan pelbagai projek yang telah diumumkan di Kedah sama ada Widad Group atau litar.

“Dia ini sembang banyak, siap tak banyak.

“Berbeza dengan Menteri Besar Selangor, umum dan kita lunaskan.

“Menteri Besar Kedah ni dah la dia ada kes hasutan melibatkan Sultan Selangor, jadi saya rasa diam jelah Sanusi,” katanya dipetik.

Related Articles

Back to top button