Anwar

Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Kompleks Seri Perdana

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri, Kompleks Seri Perdana di Putrajaya pada Selasa.

Pada pertemuan bersempena Hari Raya Aidilfitri itu, Baginda berkesempatan bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu semasa.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Sultan Selangor memberi pandangan dan nasihat kepada beliau mengenai rakyat dan negara.

“Menjunjung kasih Tuanku Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah ke Seri Perdana petang semalam.

“Memanfaatkan daripada pandangan dan nasihat Tuanku mengenai rakyat dan negara,” kata beliau dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Anwar turut memuat naik gambar beliau bersama Sultan Selangor di Kompleks Seri Perdana di laman Facebook miliknya.

Related Articles

Back to top button