ekonomi

Kerajaan serius jadikan pelaburan sebagai agenda nasional – Amir Hamzah

Penubuhan Jawatankuasa Strategik Semikonduktor Nasional (NSSTF) adalah antara tindakan segera dilakukan kerajaan bagi merangsang pelaburan strategik ke negara ini.

Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan jawatankuasa itu ditubuhkan bagi memudahkan kerjasama antara kerajaan, pemain industri, universiti, dan pihak berkepentingan untuk menempatkan industri semikonduktor Malaysia di barisan hadapan.

Ia juga jelasnya bertujuan memastikan pertumbuhan berterusan industri elektrik dan elektronik (E&E) , terutama sektor semikonduktor sebagai penyumbang utama kepada ekonomi negara.

“Selain itu, mengupayakan Malaysia sebagai destinasi pelaburan hijau pilihan serta menghapuskan halangan dan birokrasi dalam penyediaan dan aksesibiliti kepada tenaga boleh baharu, terutama bagi industri teknologi baharu, termasuk pusat data.

“Pembangunan Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) untuk menyokong ekosistem lebih luas bagi kluster industri E&E yang terpusat berpusat di kawasan utara, terutama di Kawasan Perindustrian Bayan Lepas dan Batu Kawan di Pulau Pinang serta Taman Teknologi Tinggi Kulim di Kedah,” katanya.

Sementara itu Amir Hamzah memaklumkan, beliau mengetuai delegasi negara ke Mesyuarat Bersama Pelabur di London, antara 20 hingga 22 April lalu.


BACA LAGI: Penelitian semula hala tuju IRDA selari keputusan kerajaan galak pelaburan negara

Mesyuarat dan sesi dialog bersama pelabur kewangan dan pasaran modal itu adalah sebahagian daripada rangka lawatan kerja beliau sempena Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Kumpulan Bank Dunia (WBG) 2024 di Washington, Amerika Syarikat dari 17 hingga 19 April lalu.
Mesyuarat dan sesi dialog bersama pelabur kewangan dan pasaran modal itu adalah sebahagian daripada rangka lawatan kerja beliau sempena Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Kumpulan Bank Dunia (WBG) 2024 di Washington, Amerika Syarikat dari 17 hingga 19 April lalu.

“Kerajaan amat serius menjadikan pelaburan sebagai agenda nasional melalui penubuhan platform pemudahcaraan pelaburan di peringkat tinggi.

“Majlis Pelaburan Negara (MPN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tindakan bersepadu yang mencerminkan betapa seriusnya kita dalam menjadikan Malaysia sebagai hab pelaburan di rantau ini,” katanya dipetik.

Related Articles

Back to top button