Negeri

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor 2024 di Bandar Kuala Kubu Baharu Sabtu ini

Orang ramai dipelawa memeriahkan majlis rumah terbuka negeri sempena Aidilfitri di Bandar Kuala Kubu Bharu pada 27 April ini, bermula 8 malam.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dijadual berangkat menghadiri acara tahunan itu selain Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, barisan Exco dan seluruh pimpinan negeri.

Pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan penyanyi terkenal Naim Daniel, Sarah Suhairi, Ella, Aiman Tino, Ernie Zakri, Pija Mentor serta celoteh penyampai Suria FM Feeya Iskandar atau lebih dikenali sebagai Cik Piah.

Menurut Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, aneka juadah disediakan kepada pengunjung selain pemberian duit raya dan pertunjukan bunga api.

“Apa tunggu lagi, jom sama-sama kita meriahkan Rumah Terbuka Riuh Raya #KitaSelangor 2024!! Jumpa di sana,” katanya pada hantaran di Facebook.

Sambutan tersebut boleh ditonton dalam YouTube SelangorTV dan semua media sosial Media Selangor.

Related Articles

Back to top button