Semasa

Menteri beri komitmen laporan interim nahas helikopter TLDM siap dalam tempoh dua minggu

Laporan interim berhubung tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas selepas bergesel di udara di Lumut, Perak akan disiapkan dalam tempoh dua minggu.

Komitmen itu telah dinyatakan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan semalam, menurut jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mengutuskan takziah dan Menteri Pertahanan beri komitmen bahawa laporan interim akan disediakan dalam tempoh dua minggu manakala laporan penuh akan diterbitkan atau disediakan dalam tempoh sebulan dari sekarang,” katanya dalam sidang media di Putrajaya.

BACA LAGI: KPWKM ucapan takziah, beri sokongan psikologi kepada keluarga mangsa nahas helikopter

Dalam tragedi pada 9.32 pagi semalam, 10 anggota dan pegawai TLDM terdiri daripada tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru Fennec TLDM terkorban selepas helikopter dinaiki terhempas semasa menjalani raptai lintas hormat sempena sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.

Kesemua mangsa dibawa pulang ke kampung masing-masing bagi dikebumikan diiringi istiadat ketenteraan.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata mesyuarat yang diadakan turut mengadakan pembincangan mendalam mengenai tragedi tersebut dan bantuan yang wajar disalurkan kepada keluarga mangsa.

Related Articles

Back to top button