ekonomi

Pelan rasionalisasi subsidi bakal dimaklumkan tidak lama lagi – Rafizi

Butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya akan dimaklumkan kepada umum tidak lama lagi.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, pihaknya kini sedang melaksana persediaan kearah pelaksanaan rasionalisasi subsidi itu.

“Saya tahu ramai yang bertanyakan mengenai masa untuk kita memperkenalkan mekanisme itu, walau bagaimanapun, mengutamakan penyelarasan dan persediaan untuk langkah itu adalah perlu bagi sesuatu yang sebesar ini,” katanya.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata begitu pada ucapan pelancaran Malaysia Economic Monitor ke-29 oleh Bank Dunia di Kuala Lumpur pada Khamis.

Sementara itu beliau menegaskan jika dasar rasionalisasi subsidi kerajaan berjaya, penjimatan yang dihasilkan dapat dialihkan kepada bantuan sosial yang berpotensi meningkatkan pengurangan kemiskinan di samping menjana penjimatan fiskal.

BACA LAGI: Pelaksanaan subsidi bersasar langkah besar selamatkan ekonomi negara

Menyentuh mengenai Pangkalan Data Utama (PADU) beliau berkata, 11.6 juta individu atau 52.6 peratus rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas telah mendaftar diri mereka.

Jumlah itu jelasnya mencukupi untuk pihaknya mengumpul data mencukupi untuk melaksanakan rasionalisasi subsidi dan peralihan daripada model regresif subsidi menyeluruh.

“Pada tahap yang diperlukan ini, data berbutir, kita boleh meminimumkan kesilapan pengecualian dan rangkuman, dan memastikan pengagihan subsidi yang saksama kepada mereka yang paling memerlukannya,” katanya.

Related Articles

Back to top button