Semasa

Pengenalan Akaun Fleksibel KWSP penuhi keperluan kecemasan pencarum

Pengenalan Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan satu daripada alternatif institusi itu untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata KWSP merencanakan suatu agihan tepat dengan mengambil kira Akaun 1 atau Akaun Persaraan masih lagi mewakili kadar terbesar dalam hierarki akaun ahlinya.

“Ini bererti lebih daripada dua pertiga simpanan KWSP di dalam Akaun 3 akan memberi banyak ruang kepada pencarum untuk menggunakan simpanan mereka bagi apa-apa tujuan atau kecemasan,” katanya dipetik Bernama.

BACA LAGI:Mengapa Pas tak beri guru Pasti pencen, caruman KWSP? – Razeef Rakimin

KWSP pada Khamis mengumumkan inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP kepada tiga akaun berkuat kuasa 11 Mei.

Selain Akaun Sejahtera (Akaun 1) untuk menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan dan Akaun Persaraan (Akaun 2) untuk mengumpul simpanan sebagai pendapatan semasa persaraan, KWSP memperkenalkan Akaun Fleksibel (Akaun 3) bagi keperluan kewangan jangka pendek.

Simpanan dalam Akaun Fleksibel itu boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli.

Related Articles

Back to top button