Pilihanraya

PRK Kuala Kubu Baharu: Calon Pakatan Harapan, Pang Sock Tao berdepan saingan bersama tiga yang lain

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan seramai empat calon yang layak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, menerusi proses penamaan calon pada Sabtu di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.

Empat orang calon yang layak bertanding termasuk Pang Sock Tao mewakili Kerajaan Perpaduan, Khairul Azhari Saut daripada Perikatan Nasional (PN), Hafizah Zainuddin mewakili Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan calon bebas iaitu Nyau Ke Xie atau dikenali sebagai Eris.

Pang yang merupakan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dinamakan sebagai calon menerusi pencadang, Srikanth Santrakandm dan penyokong, Amin Hussen.

SPR turut menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari bermula Sabtu hingga 10 Mei.

Hari pengundian bagi PRK pula ialah pada 11 Mei manakala pengundian awal pada 7 Mei.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, akibat kanser pada 21 Mac lalu.

Pada Pilihan Raya Negeri Ogos tahun lalu, Lee menewaskan tiga pencabarnya daripada PN, Parti Rakyat Malaysia dan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dengan majoriti undian sebanyak 4,119.

Related Articles

Back to top button