Pilihanraya

Jangan sentuh isu 3R sepanjang kempen PRK Kuala Kubu Bharu – Menteri KDN

Semua parti dan penyokong di diingatkan supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh menimbulkan kekecohan dan mengancam ketenteraman awam termasuk menyentuh isu 3R (raja, agama, kaum) sepanjang tempoh berkempen.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengingatkan semua pemimpin dan penyokong parti politik tidak melakukan tindakan yang boleh menimbulkan kekecohan dan mengancam ketenteraman awam sepanjang tempoh kempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu (KKB).

Tegasnya, apa sahaja perkara yang bersifat ‘distructive’ (boleh menimbulkan kerosakan) terutama yang menyentuh isu 3R (raja, agama, kaum) wajar dielakkan oleh semua pihak.

Sepanjang tempoh 14 hari berkempen, semua pihak juga diberi amaran supaya menjauhi sebarang penulisan dan ucapan yang menyentuh sensitiviti mana-mana pihak terutama berkaitan 3R.

“Sila kawal tutur kata, ucapan serta tulisan di dalam semua aktiviti kempen yang dijalankan.

“Saya berharap semua pihak mematuhi semua undang-undang yang ditetapkan dan mengikut Akta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya pada satu program di Kuala Lumpur pada Sabtu.

BACA LAGI: Agensi dibawah JPM diarah tangani isu 3R

Sementara itu beliau memaklumkan, langkah awal serta persediaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghadapi sebarang kemungkinan pada PRK KKB sudah ditaklimatkan sendiri oleh Razarudin, baru-baru ini.

Beliau berkata, Razarudin sudah pun turun padang dan berjumpa petugas polis di daerah itu dan mengingatkan supaya PDRM kekal profesional sepanjang PRK berlangsung dengan fokus utama memastikan keselamatan dan ketenteraman awam.

Related Articles

Back to top button