Semasa

Nahas helikopter TLDM : Erdogan titip ucapan takziah

Nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak pada Selasa yang mengorbankan 10 wira dan wirawati negara mendapat perhatian Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui satu hantaran di laman Facebooknya pada Sabtu berkongsikan kiriman daripada Erdogan yang menyatakan kesedihan atas kejadian itu sekaligus mengutus ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

“His Excellency Prime Minister (Anwar), Dear Brother. I learned with deep sorrow that 10 crew members lost their lives in the military helicopter crash that occurred in Malaysia’s Perak State.

“We wish God’s mercy to the martyrs, I express my condolences on behalf of my Nation and myself to His Excellency, the grieving families of those who lost their lives, and the friendly Malaysian people,” kata Erdogan.

Melalui hantaran itu, Anwar mengucapkan terima kasih kepada rakan sejawatnya atas keprihatinan beliau terhadap insiden yang mengejutkan itu.

“Terima kasih Presiden Erdogan atas ingatan serta kebersamaan beliau di saat negara sedang berduka atas pemergian 10 wira dalam nahas helikopter TLDM di Lumut, Perak,” katanya.

BACA LAGI: Ketua Menteri hulur sumbangan kepada keluarga mangsa nahas helikopter TLDM

Nahas membabitkan dua helikopter itu berlaku di Pangkalan TLDM Lumut ketika menjalani latihan raptai bersempena lintas hormat sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90.

Susulan itu, sambutan ulang tahun tersebut dibatalkan dan digantikan dengan majlis tahlil bagi memperingati kesemua yang terkorban.

Related Articles

Back to top button