Semasa

MAIWP peruntukkan RM1.2 juta, lancar projek Mobile Lab Internet 2 untuk anak-anak asnaf

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada Selasa melancarkan projek Mobile Lab Internet 2.

Menteri Agama, Datuk Dr. Mohd Naim Mokhtar berkata, projek tersebut merupakan sebagai sebahagian usaha pihaknya memastikan anak-anak golongan asnaf tidak tercicir.

“Pelaksanaan Mobile Lab Internet 2 ini bertujuan untuk memastikan anak-anak golongan asnaf ini tidak tercicir berbanding kanak-kanak seumur mereka yang lain,” katanya ketika berucap pada majlis Rahmah Syawal MAIWP: Jalinan Aidilfitri bersama Asnaf, di Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut mengenai inisiatif itu, beliau memaklumkan MAIWP telah memperuntukkan RM1.2 juta untuk program yang merupakan kesinambungan daripada projek terdahulu.

BACA LAGI: RUU 355: Kerajaan tunggu maklum balas Majlis Raja-Raja

Sebahagian besar peruntukan tersebut digunakan untuk pelbagai pembiayaan pemilikan bas dua tingkat berharga RM500,000, kerja-kerja ubahsuai dan permit melibatkan perbelanjaan sebanyak RM400,000.

Projek tersebut juga jelasnya dapat memberi perkhidmatan internet, pendedahan terhadap teknologi serta perkhidmatan pendidikan kepada para pelajar khususnya di Wilayah Persekutuan.

Related Articles

Back to top button