Semasa

KESUMA bakal perkenal Kerangka Dasar Sumber Manusia Kebangsaan

Kerangka Dasar Sumber Manusia Kebangsaan bakal diperkenal bagi memacu misi strategik 3K (kebajikan, kemahiran dan keberhasilan).

Menteri Sumber Manusia (KESUMA) Steven Sim Chee Keong berkata, dasar julung kali diadakan itu mengandungi Tiga Teras, 11 Strategi, 48 Prakarsa, Lima Pemacu Perubahan dan Dua Pemangkin Dasar bagi mengangkat martabat pekerja di Malaysia.

“Kerangka dasar ini merangkumi isu-isu penting berkaitan pekerja seperti pampasan upah yang lebih lumayan, kesejahteraan pekerjaan, gerakan kesatuan sekerja, perlindungan keselamatan sosial yang lebih menyeluruh, tenaga kerja golongan rentan seperti wanita, warga emas dan golongan kurang upaya (OKU).

“Ia juga turut membabitkan hal ehwal pekerja sektor gig, isu-isu berkaitan latihan kemahiran, ketidakpadanan pekerjaan, tenaga kerja asing, kesan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) ke atas pasaran kerja dan sebagainya,” katanya berucap pada Sambutan Hari Pekerja 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Rabu.

BACA LAGI: Pekerja penggerak utama kemajuan ekonomi, pembangunan negara

Sim sementara itu menjelaskan, kerangka dasar itu dihasilkan selepas mengambil kira maklum balas pemegang taruh dan orang ramai melalui sesi libat urus, kumpulan tumpu bincang, town hall dan portal kaji selidik dalam talian.

Ia seterusnya akan menjadi panduan bagi menghasilkan Dasar Sumber Manusia Kebangsaan yang lengkap menjelang Rancangan Malaysia Ke-13.

Related Articles

Back to top button