Pilihanraya

Sekolah vernakular: Nik Nazmi kecam tindakan Ahmad Fadhli Shaari

Naib Presiden KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad membidas Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari susulan tindakannya mencabar calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao menyatakan latar belakang pendidikan rendah dan menengahnya.

Tegasnya, Ahli Parlimen Pasir Mas itu tidak sewajarnya membuat cabaran yang seolah-olah mempersoal di manakah calon PH itu menduduki SPM dan UPSR

“Adakah Ahmad Fadhli percaya pelajar lepasan SJK tidak boleh menjadi wakil rakyat? Belajar di SJK bukanlah seperti menyertai pertubuhan haram kerana SJK diiktiraf oleh Perlembagaan dan mengambil peperiksaan kebangsaan,” kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam itu melalui satu kenyataan.

Selang beberapa jam dicabar Ahmad Fadhli, Pang Sock Tao, menerusi muat naik di Facebook, mendedahkan beliau menamatkan sesi persekolahan menengahnya di Sekolah Menengah (SM) Chung Hua Port Dickson, Negeri Sembilan.

Beliau turut memuat naik transkrip Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan keputusan empat (A+), serta tiga (A-) dan tiga (A) selain keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang didudukinya di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) On Pong Ampang, Hulu Langat di Selangor, pada 2005.

BACA LAGI: Komuniti Orang Asli akan undi calon wakili kerajaan – Tok Batin

Sementara itu Nik Nazmi menegaskan Kerajaan Persekutuan komited memperkasa sekolah kebangsaan (SK), namun pilihan aliran pendidikan untuk anak-anak ialah hak ibu bapa.

Tambahnya, berbanding mengecam SJK, lebih baik Ahmad Fadhli bertanya kepada anak-anak pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang bersekolah di sekolah antarabangsa yang tidak menggunakan silibus dan peperiksaan kebangsaan.

Related Articles

Back to top button