Negeri

Isu membelenggu rakyat Kelantan perlu segera diselesaikan, tegas PM Anwar

Isu membelenggu rakyat Kelantan seperti kemiskinan tegar, pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas perlu diselesaikan dengan segera agar tidak terus membelenggu rakyat Kelantan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu telah beliau bangkitkan sewaktu menghadiri Taklimat Pembangunan Negeri Kelantan yang buat kali pertamanya dipengerusikan oleh beliau yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

“Semasa taklimat, saya telah menekankan kepada kerajaan negeri dan kementerian terkait untuk memberi fokus dalam usaha menoktahkan miskin tegar di negeri Kelantan yang dijangka boleh diselesaikan dalam tempoh dua bulan.

“Walhasil, saya berharap semua kementerian dan agensi yang berkaitan memberi perhatian khusus dan segera bagi memastikan kelancaran perancangan dan pelaksanaan projek-projek di Kelantan ini secara berkesan,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook.

Difahamkan, barisan kepimpinan kerajaan pusat dan negeri Kelantan turut menghadiri sesi taklimat itu.

Sementara itu Anwar berkata, projek-projek yang dijalankan di Kelantan merupakan inisiatif berimpak tinggi kepada rakyat, khususnya warga Kelantan di kawasan luar bandar.

BACA LAGI: KEADILAN semakin diterima rakyat Kelantan – Setiausaha Agung

Justeru aspek penyelarasan dan kordinasi adalah perkara utama yang perlu diambilkira dalam menyelesaikan isu rakyat yang mendesak termasuk di Kelantan.

“Insya-Allah, warga Kelantan di kawasan luar bandar yang akan menikmati manfaat dalam jangka masa panjang,” jelasnya.

Related Articles

Back to top button