Nasional

JPA beri peluang golongan B40 lanjut pengajian peringkat diploma bidang TVET menerusi Dermasiswa B40

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) terus komited memastikan kumpulan B40 mempunyai akses maklumat yang lengkap berkaitan pelbagai program tajaan JPA termasuk Dermasiswa B40 (DB40).

Sehubungan itu, program tajaan berkenaan dilancarkan menerusi jelajah Program MADANI Rakyat Zon Utara 2024 pada 3 hingga 5 Mei 2024 di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JPA, menerusi penajaan DB40 tersebut, pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada keluarga berpendapatan rendah atau golongan B40.

“Ia memberi peluang kepada golongan B40 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat diploma dalam bidang berfokuskan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

“Kerajaan Persekutuan membiayai secara penuh, program penajaan dalam negara ini turut menawarkan model penajaan berbentuk demasiswa kepada penerima tanpa ikatan pembayaran balik kecuali menarik diri atau gagal daripada pengajian dalam tempoh kerajaan

“Ini bertujuan untuk meningkatkan akses pendidikan tinggi dan latihan kemahiran kepada pelajar B40,” katanya menerusi kenyataan.

Dalam pada itu, sejak dilaksanakan pada tahun 2016 hingga 2023, jumlah penerima DB40 adalah seramai 24,919 orang dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM111.1 juta.

Kerajaan MADANI tekad untuk membantu golongan B40 akan diteruskan pada tahun 2024 dengan peruntukan DB40 berjumlah RM19.48 juta.

“Justeru itu, menerusi program penajaan DB40 ini JPA berharap lebih ramai anak-anak daripada keluarga B40 berpeluang melanjutkan pengajian ke institusi pendidikan tinggi dalam usaha meningkatkan tahap sosioekonomi keluarga mereka,” katanya.

Related Articles

Back to top button