PRK Kuala Kubu Bharu: Sock Tao mahu pastikan rakyat terima manfaat program negeri
Calon mewakili Kerajaan Perpaduan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu mahu memastikan tiada penduduk di kawasan itu tercicir dari menerima bantuan disediakan kerajaan negeri.
Pang Sock Tao ditemui pemberita selepas satu program ramah mesra bersama penduduk di Rasa pada Khamis berkata, perhatian akan diberikan bagi memastikan penduduk kawasan itu mendapat manfaat terkandung dalam program Iltizam Selangor Penyayang (ISP).
“Banyak inisiatif dilaksanakan Menteri Besar jadi kita fokus untuk menang.
“Selain memastikan masyarakat mendapat manfaat ISP, saya juga akan membantu peningkatan ekonomi.
“Kita juga mahu jana ekonomi berlandaskan pelancongan. Ini peluang keemasan yang perlu kita ambil,” katanya yang turut menggesa pengundi membuat pilihan bijak pada hari pengundian 11 Mei akan datang.
BACA LAGI: Cubaan jatuhkan calon Kerajaan Perpaduan, Fadhli Shaari seorang yang rasis dan hipokrit
Selangor merupakan negeri yang miliki program kebajikan rakyat tertinggi antaranya pendidikan, kesihatan serta ekonomi yang bertujuan merapatkan jurang dalam masyarakat.
Sehingga kini, Selangor memiliki 46 pelan kebajikan kepada rakyat menerusi ISP dengan peruntukan lebih RM600 juta setahun dan semua skim ditambah baik dari masa ke semasa.