Sukan

Piala Thomas 2024: KBS sedia 15 skrin besar, siar aksi Malaysia vs China hari ini

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menyediakan skrin besar untuk peminat badminton tanah air menyaksikan aksi pemain negara menentang China pada separuh akhir Piala Thomas 2024 yang akan berlangsung hari ini.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, 15 lokasi dipilih untuk tayangan itu termasuk di Dataran Putrajaya dan Dataran Merdeka di Kuala Lumpur.

Melalui satu hantaran di laman Facebooknya, Hannah turut menitipkan kata-kata semangat bagi mengajak orang ramai turut sama menyaksikan aksi separuh akhir tersebut yang dijadualkan berlangsung pada pukul 5 petang.

“Marilah kita sama-sama bersorak untuk skuad negara pada Sabtu ini!,” katanya.

Malaysia berjaya mara ke separuh akhir Piala Thomas 2024 setelah menyingkirkan bekas juara edisi 2014, Jepun 3-1 di Pusat Sukan Chengdu Hi-Tech Zone, China.

Sementara itu, China melangkah ke separuh akhir selepas mengalahkan juara bertahan, India 3-1 dalam satu lagi aksi suku akhir semalam.

BACA LAGI: Malaysia tundukkan Jepun selepas lapan tahun, mara ke separuh akhir Piala Thomas

Berikut adalah lokasi tayangan skrin besar dianjurkan KBS hari ini bagi perlawanan tersebut.

  1. Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
  2. Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya
  3. SACC Mall, Shah Alam, Selangor
  4. Dataran Dato’ Sheikh Ahmad, Kangar, Perlis
  5. Kompleks Belia & Sukan Negeri Kedah, Alor Setar
  6. Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, Perak
  7. Kompleks Belia & Sukan Negeri Sembilan, Paroi
  8. Dataran Bandaraya MBMB, Ayer Keroh, Melaka
  9. Toppen Shopping Centre, Johor Bahru, Johor
  10. Dataran Kolej Polytech Mara, Kota Bharu, Kelantan
  11. Ali Spices Kampung Ladang Tanjung, Kuala Terengganu, Terengganu
  12. Padang MBK 1, Kuantan, Pahang
  13. Kompleks Belia & Sukan Negeri Sarawak, Kuching
  14. Kompleks Belia & Sukan Negeri Sabah, Putatan
  15. Gelanggang Futsal Hassan Sani, Kompleks Sukan Labuan, Sabah

Related Articles

Back to top button