Anwar

PM Anwar tempelak pemimpin politik pertikai kenaikan gaji penjawat awam

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak kenyataan segelintir pemimpin politik yang mengkritik tindakan kerajaan berhubung pengumuman kenaikan gaji penjawat awam mulai 1 Disember ini.

Tegasnya, beliau ingin melihat sendiri pemimpin yang menentang langkah itu apabila dibawa ke Dewan Rakyat kelak.

Kata Anwar, ini kerana perkara itu sebagai menghargai jasa semua penjawat awam termasuk pasukan bomba yang memastikan negara sentiasa berada dalam keadaan selamat daripada sebarang situasi buruk.

“Ada yang Ahli Parlimen katakan mana tahu dalam Parlimen tidak lulus. Saya nak tengok muka mana (Ahli Parlimen) nak menentang elaun dan gaji perkhidmatan awam.

“Dan kadang-kadang (ada yang) berleter, mengeluh, pertikai beberapa keputusan, apabila kita nak berikan tambahan upah dan pengiktirafan kepada penjawat awam.

“Dia kata, mengapa dalam keadaan ekonomi sekarang, kerajaan pilih untuk naikkan gaji penjawat awam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2024 (SHAB 2024), di di Jalan Tambun, Sunway City, Perak pada Sabtu.

Tegas Anwar, langkah itu dibuat secara teliti oleh kerajaan bagi mengurangkan kesenjangan dalam kalangan penjawat awam di negara ini.

Malah ia langkah terbaik dibawa Kerajaan Madani selepas lebih 12 tahun tiada semakan gaji bagi penjawat awam dibuat.

Related Articles

Back to top button