Semasa

Kerajaan rancang pelan perkasa ekonomi golongan asnaf

Jabatan Perdana Menteri sedang mengganda usaha bagi menangani kemiskinan tegar selaras visi ditetapkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, pihaknya sedang merancang pelan tindakan bagi merangsang kebebasan ekonomi golongan asnaf.

Pelan tindakan itu jelasnya untuk membantu golongan asnaf keluar daripada masalah kewangan itu akan dibincangkan dengan segera.

“Kami akan mengadakan sesi perbincangan membabitkan pegawai Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tidak lama lagi dan kami akan senaraikan semua cadangan untuk dibincang dan diperhalusi.

“Kami percaya satu pelan tindakan untuk memperkasakan golongan asnaf diperlukan supaya mereka tidak hanya menjadi penerima bantuan kewangan semata-mata sebaliknya mengubah mereka menjadi penyumbang kepada dana zakat,” katanya.

Mohd Na’im berkata begitu pada sidang media selepas Program Tautan Kasih Aidilfitri Madani di kawasan terbuka Medan Selera di Labuan pada Ahad.

BACA LAGI: MAIWP peruntukkan RM1.2 juta, lancar projek Mobile Lab Internet 2 untuk anak-anak asnaf

Beliau sementara itu menjelaskan MAIWP mentadbir 38 skim bantuan merangkumi pelbagai aspek sokongan seperti pendidikan, bantuan kewangan bulanan, program keusahawanan, pembaikan rumah, perbelanjaan perubatan, pembinaan perumahan dan bantuan sewa rumah.

Related Articles

Back to top button