Anwar

PM Anwar bermesyuarat dengan syarikat gergasi teknologi, Alphabet & Google

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan secara dalam talian Bersama Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan syarikat gergasi teknologi, Alphabet & Google, Ruth Porat, hari ini.

Mesyuarat itu diadakan susulan pelabur melihat Malaysia kekal stabil dalam sektor politik, dasar yang jelas serta kecekapan penjawat awam dan syarikat kerajaan.

Anwar berkata, syarikat berkenaan amat mengalu-alukan kepimpinan, komitmen dan kepantasan pemudah cara yang telah diberikan kerajaan Malaysia sejak pertemuan lalu.

“Ruth memaklumkan kemajuan rangka tindakan bidang-bidang yang boleh diperluas syarikat tersebut di Malaysia berdasarkan penerangan terdahulu saya kepada beliau terkait misi dan tumpuan Kerajaan Malaysia.

“Perbincangan kami turut menyentuh kepentingan kerjasama dan dukungan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) terkait sektor pendidikan, kesihatan dan pertanian,” kata Anwar menerusi satu hantaran di Facebook miliknya.

Pada masa yang sama, beliau turut menegaskan bahawa segala ikhitiar yang dilakukan itu seharusnya memberi manfaat ekonomi dan sosial secara menyeluruh tanpa meminggirkan mana-mana kelompok masyarakat daripada segi literasi teknologi.

“Semoga usaha ini akan membuahkan hasil terutamanya melancarkan perancangan transisi teknologi negara dan pewujudan pekerjaan,” katanya.

Related Articles

Back to top button