Semasa

PM Anwar perkenal Model Cherok Tok Kun, 1 pemimpin jaga 1 kampung

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melontar cadangan agar setiap pemimpin di negara ini termasuk beliau sendiri dipertanggungjawabkan bagi menjaga sebuah kampung.

Berucap pada Majlis Kenduri Rakyat Aidilfitri Perpaduan di Galeri Pejuang Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam pada Ahad beliau berkata, langkah itu sebagai cara terbaik menyelesaikan masalah kampung, beliau berkata ia akan turut memudahkan penyelarasan peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan dengan kerjasama ketua atau wakil kampung.

“Ia akan dimulakan di Cherok Tok Kun. Anwar Ibrahim akan jaga Cherok Tok Kun di Bukit Mertajam.

“Bagaimana saya jaga..saya akan panggil semua wakil masyarakat di kampung itu dan dia kena bagi tahu semua masalah yang ada di situ.

“(Contoh beritahu) ada yang menggangur, ada yang tercicir, miskin tegar, ada yang rumah dia robek, kemudian ada masalah dadah, masalah jenayah, perlukan TVET (Latihan Teknikal dan Vokasional) dan semua itu dibincang oleh orang kampung dan beritahu secara langsung kepada orang yang bertanggungjawab,” katanya.

Mengulas lanjut Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, tanggungawab itu juga akan turut melibatkan Ahli Jemaah Menteri, pimpinan tertinggi kerajaan dan syarikat berkaitaan kerajaan.

BACA LAGI: Selangor teruskan insiatif pengeculian cukai taksiran kediaman kampung

“Kalau kita ada KSN (Ketua Setiausaha Negara), setiausaha kerajaan negeri, semua ini kalau kita kumpul semua ini ada 2,000 orang yang jawatan-jawatan tinggi dan kemudian kita jemput pula syarikat-syarikat.

“Pengerusi Tenaga Nasional Berhad, pengarah eksekutif Petronas. Dia jaga kampung dia. Dia pergi situ bukan sebagai Tan Sri, dia pergi sebagai anak kampung dengar masalah orang kampung. Jadi, dia nanti cuba selesaikan, lebih senang,” katanya.

Justeru tambah Anwar, cadangan tersebut akan dibentangkan pada Mesyuarat Jemaah Menteri, Rabu ini.

Related Articles

Back to top button