Anwar

Malaysia kekal pendirian tidak benarkan syarikat perkapalan Israel masuk ke negara ini

Malaysia masih teguh dengan pendirian untuk tidak membenarkan syarikat perkapalan milik Israel, ZIM masuk ke negara ini.

Sebaliknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kebenaran masuk kapal ZIM ke negara ini hanya berlaku ketika pentadbiran Perdana Menteri ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Tak ada yang berdaftar (di Israel), kita tak benarkan. Yang benarkan pada 2002 itu adalah Dr M yang bawa (kapal) ZIM.

“Kita dah batalkan pada 2002, ingat? Yang benarkan kapal Israel masuk itu adalah Dr M masa jadi PM. Tiada bagi alasan apa pun,” katanya ketika berucap di Majlis Peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional, NACS di Putrajaya pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa tiada syarikat yang sertai Defence Service Asia (DSA) berdaftar sebagai syarikat Israel berbanding syarikat perkapalan ZIM yang berdaftar sebagai sebuah syarikat Israel.

Pada Disember 2023, kerajaan telah membatalkan keputusan Kabinet pada 2002 yang membenarkan kapal Israel berlabuh, dan keputusan Kabinet 2005 yang membenarkan kapal tersebut mendarat.

Tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pihaknya akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat itu berkuat kuasa serta merta.

Katanya, sekatan itu merupakan tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengenepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin.

Related Articles

Back to top button