hiburan

PM Anwar utus ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Datuk Hail Amir

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemergian Allahyarham Datuk Hail Amir pada Isnin akan meninggalkan impak yang mendalam pada industri hiburan negara.

Melalui satu hantaran di Facebooknya semalam, Anwar menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga penyanyi dan pelakon popular era 1970-an itu.

“Saya utus salam takziah buat keluarga seniman, Allahyarham Datuk Hail Amir, semoga mereka tabah hadapi dugaan ini.

“Mendoakan roh allahyarham diampunkan segala dosanya dan diberi tempat istimewa di sisi Yang Maha Esa, insya-Allah.

“Karya anak seni Pulau Pinang ini pastinya akan terus dikenang buat selamanya,” katanya.

BACA LAGI: Kebajikan terbela, Finas taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni

Hail atau nama sebenarnya Abdul Hail Amir, 76, meninggal dunia akibat jangkita paru-paru di Hospital Kuala Lumpur (HKL), kira-kira pukul 3.48 petang semalam.

Penghibur yang sinomin dengan lagu, Wajah Kesayangan Hamba itu dilaporkan dimasukkan ke HKL pada Sabtu lalu selepas mengalami batuk berterusan.

Sementara itu rakan seperjuangan Allahyarham yang juga Presiden Pengerusi Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M), Datuk DJ Dave turut menyifatkan pemergian Hail sebagai kehilangan besar buat industri seni tanah air.

Related Articles

Back to top button