Pilihanraya

PRK Kuala Kubu Bharu: ‘Semangat jentera PN sudah roboh’ – Fahmi

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyifatkan semangat dan moral jentera Perikatan Nasional (PN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu sudah roboh.

Fahmi yang juga Ketua Penerangan Parti KEADILAN berkata begitu susulan kenyataan dilontar seorang pemimpin PN yang sudah membayangkan bahawa kerusi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu akan terus dipertahan wakil Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao yang mewakili kerajaan.

“Ada perkara yang agak menarik, saya membaca laporan media daripada Setiausaha Agung PAS (Datuk Seri Takiyuddin Hassan) dan kenyataan beliau ‘jika ditakdirkan Pakatan Harapan menang’.

“Jadi ayat itu telah membayangkan bahawa moral, semangat di pihak Perikatan Nasional telah runtuh dan seolah-olah mereka telah hampir sedia mengaku kalah,” katanya menerusi aplikasi TikTok semalam.

BACA LAGI: IDE yakin PH kekal kemenangan di PRK Kuala Kubu Bharu

Minggu lalu Fahmi berkata, PN berada dalam situasi ‘panic mode sehingga terpaksa bermain dengan isu kaum dan agama termasuk berkaitan sekolah vernakular.

Malah ketidakhadiran pemimpin utama Parti PAS membantu kempen calon gabungan itu turut merencatan perjalanan kempen mereka.

“Kita nampak riak wajah pemimpin BERSATU seperti ada yang tidak kena di sepanjang kempen di sana,” kata Fahmi.

Related Articles

Back to top button