Usaha perkasa golongan wanita melalui Penubuhan Sekolah Wanita KEADILAN
Penubuhan Sekolah Wanita (SWAN) KEADILAN yang diilhamkan oleh Ketua Wanita KEADILAN, Fadhlina Sidek adalah usaha memperkasakan golongan itu dalam melahirkan pemimpin yang demokrasi membawa cabaran negara.
Fadhlina yang juga Menteri Pendidikan berkata, untuk permulaan, seramai 100 wanita akan memulakan sesi pertama sekolah itu sebelum dibuka untuk penyertaan ramai.
“Mereka yang benar-benar berminat menguasai beberapa segmen atau dimensi keilmuan, seterusnya yang hendak kita latih persiapan menerajui negara.
“Jadi segmen-segmen ‘consultant’ atau pakar runding telah kita pilih, yang akan memberi sesi-sesi bersama sekolah ini,” katanya selepas majlis pelancaran SWAN di Putrajaya pada Selasa.
Terdahulu, pelancaran SWAN disempurnakan oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga merupakan isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta Pengerusi Majlis Penasihat KEADILAN.
SWAN diwujudkan sebagai platform pendidikan demokrasi, politik dan sosial dengan tumpuan melatih pemimpin wanita daripada kalangan aktivis dan anggota wanita KEADILAN yang berilmu sebagai pewaris kepimpinan masa depan.