Semasa

Dana berkaitan Hamas: Malaysia akan nyata pendirian kepada AS

Kerajaan akan menyatakan pendirian rasmi Malaysia berkait pendanaan Iran dan proksinya, Hamas.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail pada sidang akhbar pada Rabu berkata, beliau akan bertemu Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) bagi keganasan dan risikan kewangan, Brian Nelson hari ini untuk mendengar perkara ingin dibangkitkan.

“Pada akhir mendengar pembentangan mereka…saya akan memberikan penjelasan ataupun ‘official position’ (pendirian rasmi) kerajaan tentang perkara yang tertentu,” katanya.

Reuters sebelum ini melaporkan kebimbangan AS terhadap dana digerakkan Iran kepada proksinya menerusi sistem kewangan Malaysia.

Nelson turut dilapor akan berkunjung ke Malaysia dan Singapura minggu ini dalam usaha Washington mengekang pembiayaan tersebut, serta sekatan dikenakan terhadap Rusia.

BACA LAGI: PM Anwar konsisten bela Palestin, tak pernah kategorikan Hamas pengganas

Mac lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, Malaysia mempunyai hubungan dengan sayap politik Hamas, bukannya mana-mana kumpulan militan.

Related Articles

Back to top button