Semasa

PM Anwar hulur bantuan kepada keluarga Pak Amjal

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu menghulurkan bantuan kepada isteri aktivis awal reformasi Jalaluddin Ab Manaf.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar berkata, isteri Jalaluddin atau lebih dikenali sebagai Pak Amjal di kalangan pendokong reformasi kini menghidap penyakit angin ahmar.

Bantuan bagi tujuan menampung kos perubatan itu jelasnya telah disampaikan melalui Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi yang meluangkan masa bertemu dengan Jalaluddin dan keluarganya di kediaman aktivis itu.

“Saya dimaklumkan isteri beliau menghidap penyakit angin ahmar. Mendoakan agar Pak Amjal dan keluarga terus diberi kesihatan yang berpanjangan, insya-ALLAH,” katanya.

BACA LAGI: PM Anwar hulur sumbangan, bantu rawatan adik Nur Khayla Azzahra di China

Sebagai rekod, Anwar sering menghulur bantuan kepada pihak yang memerlukan bukan sahaja kepada aktivis awal reformasi yang kini diuji masalah kesihatan, bantuan sama turut dihulurkan kepada golongan karyawan dan orang perseorangan yang memerlukan.

Related Articles

Back to top button