Semasa

KKM akan keluar kenyataan berkaitan penarikan balik vaksin AstraZeneca

Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengeluarkan kenyataan berhubung penarikan balik vaksin Covid-19 keluaran gergasi biofarmaseutikal Britain-Sweden, AstraZeneca.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kenyataan itu akan dikeluarkan pihaknya dalam masa terdekat

“KKM akan mengeluarkan kenyataan berkaitan AstraZeneca dalam masa terdekat, harap bersabar,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Persidangan Clinical Research Malaysia (CRM) Trial Connect 2024 di Kuala Lumpur pada Khamis.

Agensi Ubat Eropah (EMA) dalam kenyataan awamnya pada 27 Mac 2024 memaklumkan Suruhanjaya Eropah (EC) menarik balik kebenaran pemasaran untuk vaksin dinamakan Vaxzevria, keluaran AstraZeneca di Kesatuan Eropah (EU) pada tarikh yang sama.

BACA LAGI: KKM, KPM setuju Akta Perubatan 1971 perlu dipinda

Menurut EMA, penarikan balik itu adalah atas permintaan pemegang kebenaran pemasaran, AstraZeneca AB yang memaklumkan suruhanjaya berkenaan tentang keputusannya untuk menghentikan pemasaran produk secara kekal atas sebab-sebab komersial.

Vaxzevria telah diberikan kebenaran pemasaran bersyarat di EU pada 29 Jan 2021, untuk imunisasi aktif terhadap Covid-19.

Related Articles

Back to top button